Ingin mencari hadiah kahwin yang tak cliché dan betul-betul bermakna? Jom lupakan hadiah biasa macam set pinggan atau wang hantaran dan hadiahkan pengantin baru dalam hidup anda dengan sesuatu yang lebih personal! Hadiah custom bukan sahaja nampak eksklusif, tapi juga boleh jadi kenangan yang akan diingati sampai bila-bila. Kalau tengah buntu nak beli apa, ni ada 5 idea best dari Photobook Malaysia yang confirm buat pengantin baru happy!
1. Photobook

Hari bahagia dah berlalu, tapi memori takkan hilang kalau ada Photobook khas! Bayangkan pengantin baru boleh throwback balik gambar-gambar sweet mereka setiap kali buka photobook ni. Boleh letak gambar pre-wedding, majlis akad nikah, sanding, atau even gambar honeymoon!
Kenapa ini pilihan terbaik?
Photobook ini bukan sekadar album biasa – kualiti cetakan premium, pilihan kulit hardcover atau softcover, dan boleh custom susunan gambar serta teks ikut kreativiti sendiri! Paling best, boleh pilih design ikut tema majlis – confirm photobook ni jadi harta paling berharga mereka.
2. Cetakan Kanvas

Lepas kahwin, rumah baru mesti nak kena ada vibe romantik, kan? Jadi, cetakan kanvas dengan gambar perkahwinan mereka boleh jadi hadiah paling perfect! Tak kisah gambar first dance ke, atau moment sweet masa bersanding – letak atas dinding terus nampak classy dan penuh nostalgia.
Kenapa ini pilihan terbaik?
Cetakan kanvas dari Photobook Malaysia menggunakan material premium yang tahan lama, warna yang tak mudah pudar, dan pilihan saiz yang fleksibel untuk mana-mana ruang rumah. Dah la tahan lama, makin lama makin bernilai!
3. Bantal Couple

Bantal biasa? oh tidak, apa kata kita bagi bantal couple yang ada nama mereka atau tarikh kahwin! Selain jadi hiasan kat sofa atau bilik tidur, setiap kali mereka berehat di katil ataupun sofa, mereka boleh peluk bantal sambil teringat balik kenangan-kenangan hari bahagia bersama.
Kenapa ini pilihan terbaik?
Bantal couple ni bukan sekadar hiasan – fabrik lembut dan tahan lama, boleh pilih warna dan design sendiri, serta cetakan yang berkualiti tinggi untuk sentuhan lebih personal. Pilihlah design yang cute atau romantik – confirm bantal ni jadi favourite dalam rumah!
4. Couple Mug

Bayangkan pagi-pagi bangun tidur, pasangan pengantin baru minum kopi sama-sama guna couple mug yang ada nama atau gambar mereka. Sweet gila kan? Boleh letak quote lawak, gambar pre-wedding, atau panggilan manja mereka berdua!
Kenapa ini pilihan terbaik?
Mug tahan lasak dengan cetakan berkualiti tinggi yang tak mudah luntur, pilihan design yang boleh dikustomkan, dan sesuai untuk microwave & dishwasher. Hadiah kahwin yang simple tapi setiap hari akan digunakan – tu yang paling best!
5. Tuala Bersulam & Lilin Beraroma
Lepas seharian penat kerja, mesti syok kalau boleh chill dengan suasana yang tenang. Hadiahkan pengantin baru dengan gabungan tuala couple yang lembut dengan lilin beraroma yang wangi – terus rasa macam berada di spa! Wangian lavender ke, vanilla ke, ikut mood masing-masing.
Kenapa ini pilihan terbaik?
Tuala couple berkualiti tinggi dengan sulaman nama untuk sentuhan eksklusif. Lilin beraroma pula dibuat dengan bahan premium untuk bauan yang tahan lama dan menenangkan. Hadiah ni bukan je nampak mewah, tapi boleh bantu mereka relax sama-sama. Confirm honeymoon vibes setiap hari!
Dapatkan Hadiah Kahwin di Photobook Malaysia
Tak perlu pening kepala nak fikir hadiah yang special untuk pengantin baru! Dengan pilihan custom gift dari Photobook Malaysia, hadiah anda bukan sekadar cantik tapi juga penuh dengan nilai sentimental dan kualiti premium. Jadi, tunggu apa lagi? Pilih je salah satu (atau semua!) dari idea ni, confirm hadiah kahwin pemberian anda paling win!